fbpx

Empat Kelebihan Buat Bisnes Makanan & Delivery Dari Rumah

oleh Mohd Kero

Tahu kenapa saya memilih untuk buat makanan delivery? Kenapa tidak saya buka warung tepi jalan atau buka kedai makan?

Sebenarnya, ramai yang bertanya kepada saya tentang perkara ini. Jadi, suka saya kongsikan mengapa saya memilih untuk melakukan bisnes ini berbanding model bisnes makanan yang lain.

1.Tak perlu sewa kedai.

Paling best buat bisnes makanan delivery ini adalah anda tak perlu sewa premis. Anda boleh masak makanan hanya dari dapur rumah anda saja.

Berbeza dengan kedai makan, di mana pemilik perlu menyewa premis untuk menjalankan perniagaan. Lokasi kedai juga perlu anda ambil kira. Jika lokasi tak strategik, maka tak ramailah orang akan berkunjung ke kedai anda.

2.Boleh mula dengan pantas.

Semua peralatan memasak memang sudah ada dekat rumah. Jadi, anda tidak perlu lagi nak beli dapur gas, periuk, kuali. 

Ianya berbeza sekiranya anda ingin membuka kedai makan. Segala kelengkapan dapur perlu anda sediakan bermula daripada kosong. Itu tidak termasuk dengan kelengkapan perabot seperti meja makan dan kerusi lagi. Nak dekorasi ruangan kedai lagi. Fuhh…banyak.

3.Jarang berlaku pembaziran.

Anda hanya perlu menyediakan kuantiti makanan mengikut berapa banyak yang pelanggan anda tempah. Jika pelanggan tempah 10 bungkus, anda perlu siapkan tempahan 10 bungkus saja.

Berbeza dengan kedai makan, makanan yang dimasak belum tentu habis. Jika ada ramai pelanggan, habis. Kalau hari hujan, memang tak ramailah pelanggan, lauk pun tak habis. Sudah membazir. 

4.Modal rendah.

Agak-agak anda berapa modal minimum untuk buat bisnes makanan & delivery ini? Saya sendiri hanya bermodalkan RM50 sahaja. 

Hanya perlu beli barangan basah saja. Dengan RM50 saya boleh hasilkan keuntungan ratusan ringgit. 

Macam mana?

Anda sudah nampak potensi bisnes makanan delivery ini? Dengan pengalaman selama 5 tahun saya dalam bisnes ini, saya yakin boleh membantu anda.

Antara topik yang saya kongsikan adalah seperti:-

5 Persediaan Sebelum Mula Bisnes.

Iya! Sebelum nak mula apa-apa pun, kena ada persediaan! Jadi, saya dah ringkaskan 6 perkara yang perlu anda siapkan sebelum nak start buat bisnes makan delivery ni!

Kaedah-kaedah Jualan.

Nak buat bisnes makan ni sebenarnya ada 2 kaedah! Setiap kaedah mempunyai waktu memasak dan menghantar yang berbeza. Jadi, anda boleh pilih ikut waktu kesesuaian anda... sama ada nak buat kaedah jualan #1 atau kaedah #2.

Cara Pembungkusan.

Ini pun penting juga, bekas jenis apa yang pakai? Bagaimana nak bungkus supaya makanan tidak mudah rosak atau basi?

Panduan Kira Kos & Keuntungan.

Ada satu bab saya bagi contoh, macam mana nak kira kos serta, bagaimana untuk meletakkan harga jualan.

Bagaimana Nak Mula?

Ini yang paling mustahak! Ramai orang tak tahu macam mana nak mulakan bisnes ni! Tak tahu kat mana nak cari pelanggan! Jadi, saya tunjukkan cara, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan dengan mudah, pantas dan tanpa mengeluarkan sebarang kos!

Panduan Bina Database Pelanggan Guna Whatsapp!

Tak perlu guna sistem rumit-rumit.. gunakan sahaja whatsapp yang memang kita gunakan hari-hari tu! Dalam ebook ni saya ajar macam mana nak simpan no pelanggan secara tersusun dan macam mana nak buat promosi kepada pelanggan-pelanggan yang sedia ada.

Strategi Pantas Bina List 100 Pelanggan Pertama!

Saya tunjukkan strategi macam mana nak dapatkan 100 contact (nama,phone & alamat diorang) dengan pantas! Insyallah.. boleh dapat 100 nama ini dalam masa 1-2 hari sahaja! Strategi ni kena keluar kos sikit! Tapi ia sangat berbaloi!

Cara & Time Buat Iklan.

Ini sangat penting, anda perlu tahu bila waktu nak buat iklan, bila waktu nak ambil order serta bila waktu nak masak dan buat delivery!

Cabaran & Rintangan.

Walaupun bisnes ini kecil risikonya, tetapi, tetap ada juga cabarannya.. saya sharekan beberapa pengalaman sebenar saya menghadapi cabaran-cabaran ini dan bagaimana saya mengatasinya!

Nak tak saya kongsikan bagaimana saya lakukan? Klik butang di bawah untuk baca.

Bantu saya share artikel ni boleh?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *