fbpx

Jual Pizza Tambah Sumber Pendapatan Ketika PKP

oleh Mohd Kero

TERKANDAS di kampung halaman ditambah dengan keterbatasan sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac mencetuskan idea enam beradik untuk menghasilkan ‘Jemapoh Pizza Kayu Api’ sehingga menjadi tarikan dalam kalangan penduduk setempat.

Hasil kreativiti enam beradik ini yang menghasilkan piza dengan kaedah dibakar menggunakan kayu api di atas dapur sabak itu sekali gus menjadi sumber pendapatan tambahan buat mereka sekeluarga ketika PKP yang kini sudah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pengusaha yang juga merupakan anak sulung daripada enam beradik itu, Raudhah Hassan, 35, berkata, piza yang dihasilkan mereka mempunyai rasa yang cukup unik dan itulah antara daya penarik piza buatan mereka.

Idea tercetus.

“Idea untuk hasilkan Jemapoh Pizza Kayu Api ini tercetus apabila ada dalam kalangan adik-beradik kami yang terkandas di kampung terlalu lama, jadi kami fikir adalah lebih baik kita cari pendapatan tambahan untuk keluarga.

“Menggunakan apa yang ada di rumah, kami terfikir untuk hasilkan dan jual piza yang dibakar di atas dapur sabak yang sudah lama dibina bagi kegunaan membuat roti dan piza untuk dihidangkan buat kami seisi keluarga sahaja,” katanya.

Mengulas lanjut, Raudhah berkata, mereka mula menjual piza itu kepada pelanggan lima hari sebelum tibanya Ramadan dan tidak sangka ia mendapat permintaan yang menggalakkan sehingga tular di media sosial.

“Oleh itu, kami adik-beradik juga bersetuju untuk menjual piza ini secara ‘cash on delivery’ bagi memudahkan pelanggan untuk merasai piza kami ini,” katanya dan menambah resipi makanan Itali itu diilhamkan oleh adik lelakinya Hamzah Hassan, 35 yang arif dalam pembuatan roti dan pastri.

Ada tugas masing-masing.

Katanya, setiap adik-beradiknya mempunyai peranan masing-masing dalam pembuatan piza itu iaitu Hamzah dilantik sebagai ketua cef bertanggungjawab menghasilkan doh roti manakala yang lain menyediakan inti, membakar, membungkus termasuk menjadi ‘runner’.

“Kami memilih menggunakan kaedah tradisional kerana piza yang terhasil lebih unik dan beraroma selain ‘smokey’, bakar dalam dapur sabak ini juga sekejap, dalam masa satu minit piza sudah masak,” katanya yang mampu menjual sehingga 350 piza sehari.

Raudhah berkata pada peringkat awal, beliau sekadar menjual kepada penduduk di sekitar kampung namun perkongsian piza itu di sebuah group dalam laman Facebook menjadi tular dan mula mendapat perhatian orang ramai bukan sahaja dari Kuala Pilah malah dari daerah lain.

“Ramai pelanggan memberi maklum balas mengenai piza itu dengan memuji ia mempunyai tekstur lembut dan sedap. Setakat ini kita ada satu perisa iaitu campuran lada benggala, tomato, nanas, bawang Holland, sosej ayam dan keju seperti cheddar dan mozarela dengan harga RM15,” katanya dan menambah perniagaan itu akan diteruskan walaupun selepas tamat PKP.

Sekiranya anda pun ingin menjalankan bisnes makanan dan delivery dari rumah seperti ini, saya syorkan anda untuk baca perkongsian seorang peniaga ini. Klik butang bawah untuk baca.

Boleh bantu saya share artikel ni?
Agar ramai lagi yang dapat manfaat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *